Make your own free website on Tripod.com
     
     

   

Restoran

Nikmati pelbagai masakan oriental dan barat yang disediakan oleh chef berpengalaman kami. Pilihlah dari pelbagai jenis menu untuk memulihkan tenaga anda sebelum perjalanan menempuh keajaiban Bali.

Urut Tradisional Bali

Berjemur di bawah teriknya sinar matahari di tepi kolam renang belum lengkap tanpa urut tradisional Bali yang diberikan oleh tukang urut professional dan berpengalaman.

Kolam Renang

Apakah anda merasa yang teriknya sinar matahari di Pulau Bali ini terlalu panas? Kenapa tidak berendam sahaja dalam air kolam renang yang dingin dan menyegarkan, mendongakkan kepala ke langit untuk menikmati keasyikan tarian dedaun kehijauan sambil menikmati minuman tropika kegemaran anda.

Televisyen

Ikuti perkembangan berita tempatan dan luar negeri di merata pelusuk dunia.

Peti Sejuk

Minuman kegemaran anda dapat dinikmati segar dan dingin senantiasa.

Tub Mandian

Merasa malu untuk berjemur di khayalak ramai atau terlupa membawa krim penghalang matahari? Jangan risau, anda masih mempunyai pilihan lain termasuk privasi dan kenyamanan tanpa terik matahari.

Servis Cuci Pakaian

Biar kami yang menghilangkan kotaran di pakaian anda sambil anda cuma perlu duduk bersantai menikmati setiap detik dari penginapan anda bersama kami.

Peti Keselamatan

Simpan semua benda berharga anda dengan kami, tanpa sebarang caj, percuma!
 

     

  Designed by
SapSamSok for
Kuta Bungalows